Hak untuk membangun Hutan_tropika

Negara sedang membangun dinafikan hak mereka untuk menggunakan sumber asli bagi tujuan pembangunan. Semasa negara mereka dijajah, penjajah dengan sewenang-wenangnya menebang kayu balak dan lain-lain sumber asli. Kekayaan yang diperolehi bukan untuk pembangunan negara dijajah. Sebaliknya diangkut balik ke negara mereka .

Negara membangun di utara kini menuntut apa yang masih ada di negara sedang membangun sebagai hak mereka, setelah mereka merosakkan apa yang ada di negara sendiri.

Jika negara kaya tidak mahu kita menebang pokok, mereka perlulah membayar pampasan kepada kita sebagai ganti rugi pendapatan.

Jika kita perlu memberi oksigen untuk kegunaan dunia, dan keseimbangan ekologi, maka kita juga perlu diberi pampasan yang adil.

Jika negara kaya sanggup membayar dua kali ganda harganya (kayu balak tropika), pembalakan boleh dikurangkan kepada separuh daripada apa yang dijalankan sekrang.

Jika kayu tropika kita tidak bernilai ( kerana dipulau oleh negara barat), adalah lebih baik jika kita tebang semua pokok bagi menghasilkan bahan api dan menggunakan kawasan itu bagi kegiatan pertanian.

Negara miskin perlukan pembangunan. Cadangan negara maju supaya negara tropika hanya menjual hasil hutan untuk perubatan dan kegiatan pelancongan sahaja amat tidak adil. Dalam hal ini negara maju juga yang untung kerana mereka mempunyai kepakaran dalam penyelidikan perubatan .

Isu yang sebenarnya ialah kayu hutan sederhana tidak mempunyai daya saing berbanding dengan kayu dari hutan-hutan tropika. Kayu tropika lebih keras, panjang, bermutu dan harganya lebih murah.

Negara sedang membangun patut diberi hak meneruskan rancangan pembangunan di samping menggiatkan rancangan pemuliharaan dan pengawetan alam sekitar. Persidangan tentang alam sekitar sepatutunya dapat menangkis tuduhan negara maju yang mendakwa negara membangun mengabaikan alam sekitar, khususnya dalam industri pembalakan.

Dr Mahathir sendiri mencanangkan slogan Greening of The World iaitu tugas untuk menjaga alam sekitar bukan hanya tanggungjawab sesebuah negara , malah melibatkan setiap orang di dunia ini.